Search

BISMILLAH.. .. bekerja berniaga makanan bukanlah t...

  • Share this:

BISMILLAH.. .. bekerja berniaga makanan bukanlah tugas yang mudah. Memasak belasan/ puluhan jenis makanan, dengan persediaan seawal 3am, proses memasak seawal 5am, menyiapkan hidangan seawal 5pm, berdiri dan serve tetamu berbuka puasa dari 6pm hingga 10pm (tanpa dapat makan dengan sempurna ketika orang lain sedang duduk menikmati/mengkritik juadah)- satu tugas dan tanggungawab yang tidak mudah di pikul. Hanya mereka yang pernah dan sedang melaluinya sahaja yang tahu betapa penatnya kami setiap hari. Namun kami tetap berusaha memberi yang terbaik, walaupun seringkali kami juga ada hari2 yang kami kalah pada lidah yang kurang mampu merasa ketika berpuasa, badan yang penat kerana bekerja tanpa henti, emosi yang tak stabil kerana masalah di rumah/ di tempat kerja. Kami juga manusia biasa.

Sama ada kami bertugas di hotel yang tiada berbintang hingga hotel berbintang bintang, ‘restaurant’ kecil hingga ‘restaurant’ sebesar padang, gerai kecil di sebelah gerai besar yang ramai orang beratur membeli atau gerai biasa yang berbelas orang beratur di sebelah gerai hebat yang tiada seorang pun yang berminat untuk mencuba, peniaga online yang hanya ada puluhan followers atau peniaga online yang ada jutaan followers, atau peniaga yang menjaja di traffic light atau peniaga yang ada ribuan downliners.. kami mohon sokongan anda yang menjadi pengritik dan pembeli kami.

Berikan kritikan yang membina agar kami boleh belajar dari kesilapan, bukan kritikan membunuh semangat dan harga diri kami sehingga tiada lagi orang ingin mencuba makanan/minuman kami.

Maaf kami peniaga makanan hanya mencari rezeki di dalam rezeki yang ada di dalam rezeki kalian selaku pembeli.

Selamat bersahur dan selamat berbuka puasa, doakanlah kami peniaga makanan!- Fazley Yaakob


Tags:

About author
not provided